[Resepi K-Food] - Hotteok


Menu: Hotteok

Kategori: Korean Streetfood

Masa penyediaan: 1 jam 30 minit

Tahap: Sederhana

Hidangan: 4 orang


BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 Tbs yis
  • 2 Tbs gula
  • 1 cawan air suam (untuk mengaktifkan yis)


INTI

  • 1  cawan gula perang
  • 1 Tsp serbuk kayu manis
  • 1 paket kacang tanah/badam/gajus (ditumbuk)


CARA MASAK

  1. Masukkan air, gula dan yis. Gaul sebati dan rehatkan bancuhan yis selama 10 minit.
  2. Tambahkan tepung gandum ke dalam bancuhan yis. Gaul dan rehatkan selama 1 jam.
  3. Uli tepung selama 15-30 minit (sekiranya uli menggunakan tangan). Sekiranya anda menggunakan mixer hanya 10 minit sahaja.
  4. Potong kecil adunan tepung mengikut saiz yang sesuai.
  5. Gaul sebati gula perang, serbuk kayu manis dan kekacang.
  6. Ratakan adunan tepung dan masukkan inti.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali leper dan gorengkan Hotteok sehingga warna kekuningan.
  8. Tekan dan leperkan hotteok untuk dapatkan tekstur ranggup.

WhatsApp Image 2020-01-20 at 10.35.27.jpegHotteok

MODAL: RM9.10

  • Tepung Gandum (RM1.80)
  • Gula Perang (RM3.20)
  • Yis (RM1)
  • Kayu Manis (RM1.50)
  • Kacang Tanah (RM1.60)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq 





Older post Newer post