3 Sebab Utama Kenapa korang perlu makan Japchae

3 Sebab Utama Kenapa korang perlu makan Japchae

Japchae "잡채" ni merupakan hidangan mi kaca yang sangat digemari oleh rakyat Korea. Japchae ialah mi gelas yang digaul bersama sayur-sayuran dan juga daging. Japchae merupakan salah satu hidangan sampingan makanan Korea yang wajib ada di setiap rumah selain daripada Kimchi. Kesedapan Japchae ni kebiasaannya bergantung kepada sukatan lada hitam dan kicap yang digunakan untuk digaul bersama mi kaca, sayur dan daging.

Dari kekacang bijan hinggalah sedikit rangup sayuran dengan mi lembut, cendawan daging, rasa soya umami, dan kemanisan keseluruhan yang diadun dengan rasa segar sayuran, Japchae adalah hidangan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Hidangan ringkas ini sangat versatil menjadikan ianya mudah untuk diubah suai mengikut cita rasa korang. Selain itu, Japchae juga boleh dinikmati secara panas, pada suhu bilik dan juga secara sejuk.

Japchae Paste MariMogo Halal Korean Food Halal Kimchi Halal Korean Street Food

Sebelum kita selam lebih dalam lagi, kita nak tanya. Kenapa korang perlu cuba makan Japchae??

Sihat

Diperbuat daripada ubi keledek, mi kaca Korea ni boleh dikatakan secara  rasminya bebas lemak dan rendah kalori. Hal ini menjadikan Japchae adalah pilihan yang sihat untuk para penggemar mi. Mi kaca yang kenyal ini juga bebas gluten, menjadikan ianya baik kepada mereka yang mempunyai alahan (pastikan anda menggunakan tamari bebas gluten sebagai ganti soya semasa membuat resipi japchae ini). Bukan itu saja, korang akan mendapat protein yang korang perlukan daripada daging lembu dan telur tanpa lemak, dan vitamin dan mineral yang berpunca daripada pelbagai sayur-sayuran berwarna-warni, termasuk bayam, lobak merah dan cendawan shiitake. Jika korang nak buat versi vegetarian, korang hanya  perlu menukar daging dengan cendawan tambahan.

Sedap

Tidak hairanlah mengapa Japchae ni adalah antara salah satu hidangan  yang paling popular di Korea. Hidangan yang lazat ini mengimbangi rasa manis mi kaca dengan so kicap umami serta minyak bijan. Selain itu, kelicinan dan kekenyalan mi licin, cendawan kenyal dan sayur-sayuran yang rangup menjadikan Japchae ni hidangan yang akan disukai seisi keluarga. Kalau korang tak tahu, Japchae ni menjadi hidangan kegilaan orang New York tau. Restoran makanan Korea di New York memang diserbu oleh mereka yang tergila-gilakan Japchae ni.

Mudah

Setelah korang menyediakan bahan-bahan korang, Japchae ini hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk dibuat. Korang juga boleh menyediakan mi kaca terlebih dahulu, dengan menggorengnya dalam campuran minyak, soya dan gula. Kemudian, ketepikan sehingga korang dah ready untuk mencampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Japchae ni sangat sesuai sebagai hidangan ketika korang tengah sibuk kerana penyediaannya yang cepat dan mudah. Japchae boleh dijadikan sebagai hidangan makan tengah hari mudah alih yang sangat praktikal untuk sekolah dan kerja, kerana ia boleh dinikmati secara panas atau sejuk.

Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog