Apakah itu Banchan?? Banchan ialah...

Apakah itu Banchan?? Banchan ialah...

Korang pernah nampak tak dalam K-Drama, mesti ada makanan yang dihidang dalam bekas kecil bersama dengan hidangan utama? Itu sebenarnya adalah Banchan. Banchan ni ialah side dishes yang dimakan bersama hidangan utama orang Korea. Orang Korea suka makan pelbagai jenis side dishes dalam satu masa yang sama. Kebiasaannya mereka makan 3 ke 4 jenis Banchan. 
 
Sumber: thedevilwearssalad.com


 
Antara contoh Banchan termasuklah Kongnamul Muchim (ulam taugeh), Sigeumchi Namul (bayam), Oi Muchim (salad timun pedas) dan tak lain tak bukan, Kimchi. Kalau korang pergi ke mana-mana restoran K-Food, korang akan dihidangkan 3 ke 4 jenis Banchan bersama hidangan utama. So, Banchan ni memang makanan yang dinikmati secara meluas di seluruh Korea and rugi kalau korang tak try Banchan ni.

Jadi, kalau korang malas nak masak, Fara ada good news untuk korang. MariMogo ada line Banchan kita sendiri tau. Kita ada Classic Kimchi, Stir Fried Kimchi, Kkakdugi dan Danmuji. Classic Kimchi sesuai untuk mereka yang dah 'otai' meratah Kimchi. Stir Fried Kimchi pula sesuai untuk mereka yang baru nak cuba Kimchi kerana rasanya kurang masam tetapi agak pedas sikit.

Kkakdugi pula ialah lobak putih yang dikimchikan menjadi rangup, sedikit pedas dan masam. Manakala Danmuji ialah lobak putih yang telah dijerukkan dengan kunyit dan cuka supaya rasanya masam, sesuai untuk pencinta jeruk.

So korang rasa macam mana?? Menarik kan posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info MENARIK macam ni, korang stay tuned dan jangan pergi kemana-mana. Ada macam-macam lagi fakta dan info best best yang akan di share kan dengan korang di sini. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di posting seterusnya ye.

Back to blog