Bibimbap MariMogo Halal Korean Food Halal Kimchi

Apakah itu Bibimbap??? Sama ke dengan nasi campur di Malaysia??

Korang pernah dengar apa itu Bibimbap?? Kalau korang layan k-drama mesti korang pernah tengok Bibimbap ni dihidangkan bukan?? Bagi yang tak tau, apa Bibimbap ni?? Bibimbap ni secara mudahnya boleh diterjemahkan sebagai Nasi Campur Korea. "Bibim" tu  bermaksud campur manakala "bab" pula bermaksud nasi. "Biar betul, tak sama macam nasi campur di Malaysia pun". Al-maklum lah, lain negara dan budaya, makan lain juga lah cara hidup dan citarasa mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, nasi campur di Malaysia biasanya terdiri daripada nasi putih, lauk sama ada ayam, ikan dan lain-lain, sayur sayuran serta kuah yang agak banyak. Untuk nasi campur Korea pula aka Bibimbap, ianya mencampurkan nasi putih kukus dengan pelbagai sayur-sayuran segar, diperap dan tumis bersama-sama dengan daging mentah atau yang telah dipanggang. Ianya kebiasaannya dihidangkan bersama telur serta sedikit rumpai laut yang rangup. Kimchi dan jeruk juga boleh menambah perasa kepada Bibimbap serta gochujang pulak menambah rasa pedas kepada Bibimbab tersebut. 

Apakah itu Bibimbap? Sama ke dengan nasi campur Malaysia MariMogo Halal Korean Food Halal Kimchi

Sumber: marimogo.com

Kalau korang tengok Bibimbap yang dah siap dan telah dihias cantik, mesti korang ingat cara penyediaan Bibimbap ni rumit, tapi tidak semestinya begitu. Cara nak menyediakan Bibimbap ni agak mudah sebenarnya bergantung kepada korang. Kalau korang nak tahu, Bibimbap ni telah wujud selama berabad-abad dan ianya telah dinikmati oleh golongan tertinggi dan terbawah dalam masyarakat Korea zaman dahulu. Ada yang mengatakan ia dihidangkan kepada maharaja dan pegawai kerajaan di pesta mewah, manakala ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah hidangan satu mangkuk yang murah dan mudah dimakan yang disediakan oleh isteri para petani menggunakan bahan bermusim yang dicampur dengan nasi. Apa yang hendak disampaikan adalah legenda ini masih benar kerana bibimbap boleh menjadi sangat rumit atau sangat mudah mengikut kemahuan korang. Korang yang menentukannya.

Seperti yang kita sebut sebentar tadi, Bibimbap ni ialah hidangan yang versatil yang boleh diubah suai mengikut selera dan citarasa kita. Yang bagusnya, walau versatil macam mana pun Bibimbap ni, ia tidak akan lari dari tema asalnya iaitu makanan sihat kerana Bibimbap terdiri daripada nasi dan sayur-sayuran berwarna-warni serta daging, ikan, telur dan tauhu yang menyediakan hidangan rendah kalori serta serat yang tinggi, karbohidrat dan penuh dengan protein.

Untuk membuat bibimbap anda sendiri di rumah, anda memerlukan beras putih melekit atau 'calrose rice' sebagai asas anda. Ada yang suka guna beras perang untuk mendapat kan hidangan yang lebih sihat.

Jika korang merupakan seorang pencinta daging, Bibimbap ni sangat sesuai dengan korang  kerana secara tradisinya, Bibimbap ni dihidangkan dengan daging lembu mentah dan kuning telur mentah. Tapi jika korang tak minat daging, korang boleh ganti daging dengan sumber protein yang lain seperti makanan laut, ayam atau telur.

Selepas itu, korang masuk kan sayur kegemaran korang. Di Korea, campuran sayur-sayuran ini dikenali sebagai Banchan (hidangan sampingan) dan dihidangkan pada setiap hidangan. Lauk-pauk kecil ini menjadi struktur penting dalam campuran mangkuk, jadi korang study dulu betul-betul ye sayur apa yang sesuai dengan selera korang. Sayuran yang paling selalu digunakan ialah lobak merah, bawang, bayam, cendawan shiitake dan juga tauge hijau yang dibumbui dan ditumis serta salad mentah dan kimchi.

Kemudian, baru la kita letak "sos rahsia" Bibimbap. Tapi apa "sos rahsia" tu?? Sebenarnya "sos rahsia" tu gochujang je, tetapi ada juga yang mencampurkan gochujang bersama minyak bijan, air dan sedikit gula untuk memberi sedikit rasa manis kepada Bibimbap tersebut. Ada juga yang tambah bawang putih dan juga cuka.

Gochujang

Sumber: marimogo.com

Dah selesai bahan-bahan tersebut, kita pergi ke cara-cara menyusun isi Bibimbap pula okay. Pertama, kita letak kan nasi lembik tadi di dasar mangkuk. Kemudian, kita susun sayur Banchan dan juga pilihan protein kita tadi sama ada daging atau ayam di¬† atas nasi tersebut tetapi di bahagian tepi. Bahagian tengah yang kosong tu, kita letakkan telur yang sudah dimasak cantik. Kemudian, baru lah kita taburkan sos soya, minyak bijan dan juga gochujang di atas nasi, sayuran Banchan dan protein yang kita dah susun tadi. Kalau korang nak taburkan bijan pada Bibimbap korang pun boleh. Baru la nak nampak¬†ÔĽŅaesthetic¬†ÔĽŅsikit kan?? Lepas tu tadaaaa, dah siap.

Senang je kann?? Kalau korang malas nak pening kepala nak campur gochujang dengan minyak bijan, sos soya dan sebagainya, korang jangan  risau. MariMogo ada goodnews untuk korang. Kita ada jual Bibimbap Paste khas untuk buat Bibimbap. In fact, kita juga tengah ada Promo khas untuk Bibimbap Paste, Japchae Paste dan juga Kimchi Jjigae. Selalu korang beli RM13 kan?? Kalini kita jual pada harga RM10 sahaja. Classic Kimchi pun kita potongan harga dari RM12 kepada RM9.90 sahaja!!! Jadi korang tunggu apa lagi?? Cara masak dah ada, promo pun dah ada, tinggal nak beli je lagi hihi. Korang boleh tekan button kat bawah ni untuk rebut jualan khas ni okay.

Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog