Hai. Korang pernah dengan tak ada yang cakap orang Malaysia ni kuat membazir makanan?? Makanan tak sedap je kita dh buang, makanan dah sejuk sikit pun kita dah buang. Kalau korang nak tahu, sebanyak 17000 tan makanan yang dibuang setiap hari tau. Ini adalah satu angka yang cukup banyak.
Kita boleh cuma kurangkan jumlah pembaziran dengan memasak jumlah makanan mengikut 'portion' yang bersesuaian, memberi kepada golongan yang memerlukan dan kita juga boleh panaskan kembali lauk atau makanan kita untuk dimakan kemudian.
Sebut pasal panaskan makanan, harini kita nak share 2 cara mudah untuk panaskan Japchae korang supaya korang tak membazir okay.
Menggunakan pan masakan
1. Masukkan satu sudu bijan ke dalam kuali korang dan panaskan dengan api yang perlahan.
2. Masukkan Japchae perlahan-lahan dan kacau berterusan selama 3-5 minit.
3. Apabila Japchae sudah panaskan sepenuhnya, hidangkan segera.
Sumber: foodbymaria.com
Sebab apa perlu panaskan dengan api yang perlahan?? Supaya tekstur mi Japchae korang tu kekal utuh serta menaikkan rasa Japchae korang.
Menggunakan Microwave
1. Letakkan Japchae ke dalam mangkuk yang tahan dengan gelombang mikro.
2. Kalau korang nak, korang boleh semburkan minyak bijan secukup rasa.
3. Taburkan 1-2 sudu besar air ke atas Japchae korang.
4. Tutup mangkuk secara longgar dalam bungkus plastik, pastikan terdapat ruang untuk wap terperangkap keluar.
5. Set kan ketuhar gelombang mikro pada kuasa penuh selama 45-60 saat. Tambahkan masa dengan kenaikan 15 saat jika perlu. Kalau Japchae beku pula memerlukan masa yang lebih lama.
6. Biarkan Japchae korang selama 30 saat dan kemudian tadaaaaa, sudah boleh dihidangkan.
Sumber: timesofindia.indiatimes.com
Kesimpulannya, ketuhar gelombang mikro adalah cara yang agak mudah untuk memanaskan semula Japchae berbanding menggunakan pan masakan. Mi kaca boleh menjadi sedikit lembik jika menggunakan ketuhar gelombang mikro. Kalau korang panaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro, korang digalakkan untuk makan Japchae korang secepat mungkin kerana mi Japchae korang mempunyai kecenderungan untuk menjadi keras dan kenyal kalau dibiarkan terlalu lama.
Haa senang je kan cara nak panaskan Japchae korang. So, incase kalau korang terlebih masak sampai tak boleh nak habiskan, ini lah cara nya untuk korang panaskan Japchae korang, dan boleh elakkan pembaziran. Ingat, 'membazir itu amalan syaitan'. Jangan kita jadi orang yang membazir ye.
Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.