MariMogo Bibimbap Paste Halal Korean Food Halal Kimchi Halal Korean Street Food

Fakta-fakta yang korang perlu tahu tentang Bibimbap

Jika korang masih belum cuba Bibimbap atau korang mengelak untuk makan Bibimbap sebab korang tak pasti apa yang korang makan, sebenarnya ada banyak sebab atau fakta yang akan menyebabkan korang nak try Bibimbap ni.

Tapi, apa Bibimbap ni?? Seperti ramai yang dah tahu,  Bibimbap ni boleh diterjemahkan sebagai nasi campur Korea. "Bibim" bermaksud campur manakala "bab" membawa maksud nasi. Bibimbap secara asasnya adalah mangkuk dengan nasi yang kemudiannya ditaburkan dengan pelbagai jenis sayuran dan daging sebelum sos manis dan pedas tradisional (dibuat dengan Gochujang) dicurahkan di atasnya. 

Jadi, apa fakta menarik tentang Bibimbap ni??

Bibimbap boleh dilaukkan dengan apa-apa saja lauk yang korang suka

Ye betul tu, korang tak salah baca. Salah satu ciri terbaik Bibimbap ni ialah tiada satu cara yang betul atau spesifik untuk menikmatinya. Sama ada korang seorang yang vegetarian atau pencinta daging, korang boleh menyesuaikan hidangan korang mengikut cita rasa dan cara yang korang suka. Bermula dengan nasi, korang boleh letak apa saja jenis sayur yang korang suka, sama ada ianya tidak dimasak atau dijeruk, bergantung kepada minat korang. Secara kebiasaannya, sayur yang diletakkan adalah taugeh, lobak merah, kimchi, bayam dan cendawan.

Selepas itu, korang boleh letak protein kesukaan korang contohnya, daging. Yang menarik nya, kalau korang taknak letak apa-apa daging pun boleh. Korang adalah artis dan Bibimbap ni adalah hasil karya korang. Korang yang decide apa yang korang nak letak dalam Bibimbap korang. Tapi, kebiasaannya, Bibimbap disertakan dengan daging lembu bulgogi. Apa bulgogi ni??? Bulgogi ialah jalur stik manis dan pedas yang dibuat dengan kicap, minyak bijan dan gula perang. Kebanyakan resipi menyajikan Bibimbap dengan telur goreng mata yang sedikit cair kuningnya. Tetapi, tidak kira lah apa yang korang pilih, hidangan itu akan sentiasa kelihatan menarik dengan pelbagai warna dan tekstur, yang menyebabkan korang tiada alasan untuk menolak daripada memakan Bibimbap ni.

MariMogo Halal Bibimbap Halal Korean Food Halal Kimchi Halal Korean Street Food

Bibimbap

Sumber: marimogo.com

 

Lain jenis Bibimbap, lain jenis periuk yang digunakan

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyajikan Bibimbap. Antara nya termasuk lah menggunakan periuk batu yang dipanggil dolsot, ataupun menggunakan mangkuk loyang yang dikenali sebagai yangpun. Dolsot kebiasaannya diperbuat daripada batu granit. Dolsot ni sesuai digunakan untuk memasak beberapa hidangan Korea yang berbeza. Dalam kes Bibimbap, bahan-bahan yang telah dimasak tadi diletakkan dalam dolsot panas yang mengukus di mana ia terus dimasak, memberikan korang nasi hangus yang rangup dan lazat di bahagian bawah mangkuk. Manakala, yangpun Bibimbap pula secara tradisinya bertujuan untuk berkongsi dengan orang lain.

Sebelum korang makan, campurkan semua bahan korang tadi dan gaul dengan baik terutamanya jika korang mempunyai telur goreng di atasnya agar kedua-dua sos dan topping tergaul secara sekata ke seluruh nasi. Jika korang membuat Bibimbap menggunakan dolsot, biarlah selama beberapa minit sebelum digaul untuk membolehkan nasi menjadi sedap dan rangup.

Amazon.com | Crazy Korean Cooking Korean Stone Bowl (Dolsot), Sizzling Hot  Pot for Bibimbap and Soup - Premium Ceramic (Medium - No Lid): Dinnerware &  Serveware

Dolsot Pot

Sumber: amazon.com

 

Bibimbap selalunya dibuat dengan sisa

"Eh serius lah???" Salah satu hipotesis asal usul Bibimbap ni ialah ianya dicipta sebagai cara untuk orang Korea menghabiskan sisa makanan mereka. Kalau korang nak tahu, meja makan Korea selalunya menampilkan pelbagai lauk pauk yang berbeza, dan mencampurkannya di dalam bekas bersama nasi ialah cara terbaik untuk membuat hidangan baharu daripada makanan lama, memastikan ia tidak terbazir.

Walaupun tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa ini adalah asal usul sebenar Bibimbap, tapi perkara ini masih menjadi amalan yang digunakan oleh masyarakat Korea hingga ke hari ini. Jadi, jika korang ada sayur-sayuran lebih yang masih elok atau lebihan protein seperti tauhu, ayam atau stik yang masih boleh digunakan, Bibimbap adalah hidangan korang yang seterusnya. Walaupun korang hanya mempunyai beberapa bahan kecil contohnya beberapa lobak merah atau timun, ditambah dengan sebiji telur, ini sudah memadai untuk mengubahnya daripada sesuatu yang hampir rosak  menjadi hidangan lazat ini dengan sedikit nasi, minyak bijan dan pes cili. Get creative guys!!! You are the artist.

Sos Bibimbap memerlukan satu bahan penting

Haa apa bahannya tu?? Apa yang korang perlukan ialah Gochujang. Pes cili merah pekat ini adalah makanan ruji dalam masakan Korea. Ia diperbuat daripada cili merah, pulut, garam, dan kacang soya yang ditapai. Ia memberikan banyak hidangan Korea, termasuk Bibimbap, rasa yang unik kepada masakan Korea. Tanpanya, hidangan korang tak akan lengkap dan rasa hidangan korang akan menjadi sedikit lain dari yang sepatutnya. Gochujang mempunyai jangka hayat yang agak panjang jika disimpan di dalam peti ais. Setelah dah ada Gochujang, korang hanya perlukan minyak bijan, gula, cuka, bawang putih dan air dan tadaaaaaa, Bibimbap korang sedia untuk dihidang!!

Gochujang

Sumber: www.marimogo.com

 

Menarik jugak kan bila tau fakta-fakta Bibimbap ni. Siapa sangka Bibimbap ni asalnya dibuat untuk menghabiskan lauk-lauk yang tak habis. Tapi itu lah indah nya seni kulinari ni. Walau apa pun bahan yang digunakan, kalau betul cara nya tetap nampak cantik jugak hidangan tersebut.

Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog