Havoc X MariMogo memang meletup

Havoc X MariMogo memang meletup

Annyeong semuaĀ šŸ¤—!!!

Semua sihat ke tu?? Kami harap semua dalam keadaan yang sihat dan baik-baik aje ye. Fuh rasa lama betul tak update blog ni. Yela memang kami agak busy sikit 2-3 hari ni urus kan booth untuk Havoc Food Festival ni. Ni baru berkesempatan nak mencoret blog.

TujuanĀ kami tulis blog ni ialah kami nak berterima kasih sangat-sangat kepada korang yang supportĀ booth kami iaitu Tteokbokki Jib di Havoc Food Festival ni. Kami terharu sangat sangat sebab memang ramai betul yang berkunjung ke booth kita untuk cuba Halal Korean Streetfood kita šŸ˜. Kalau korang belum tahu, untuk event yang berlangsung selama 3 hari ni, kita ada jual Tteokbokki, Hotteok dan Eomuk Tang.

Menu kita ni special bukan sebab makanannya tau, tapi sebab 'vibes' dia. To be honest, setakat korang nak makan Tteokbokki ni, mana-mana kedai Korean Food pun ada jual. Tapi untuk event kali ni, kitaĀ buat ala-ala Korean Streetfood. Kalau korang tengok K-Drama,Ā korang mesti tau Myeondong Street night market. Kat Myeondong ni, ada ratusan gerai kecil dan foodtruck yang jual pelbagai jenis Korean Food yang best-best. So sapa yang beli kat booth kita untuk event ni, dia akan rasa 'vibes' macam beli makanan di Myeondong Street gitu āœŒšŸ».

Myeondong Street Night Market

Sumber:Ā https://www.istockphoto.com/photos/street-food-stall-at-myeongdong-south-korea

Ā 

Oleh itu, kami mewakili team event kali ni mengucapkanĀ ribuan terima kasih kepada semua yang support booth kita sepanjang Havoc Food Festival ni berlangsung. Kami dapat tau ada yang datang dari Kuantan tau nak rasa Tteokbokki dengan Hotteok kita. Terima kasih sangat-sangat memang kami appreciate sangat-sangat šŸ™šŸ».

Kami berharap kita dapat berjumpa lagi untuk event-event yang akan datang and kami harap korang akan terus support perjalanan MariMogo. Team Event Signed Out, see you guys on next event šŸ˜˜!!!

So korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi content-content yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy.Ā Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog