Japchae MariMogo Halal Korean Food Halal Kimchi Halal Korean Street Food

Japchae?? Apa tu?? Klik sini kita share

Korang pernah dengar apa itu Japchae? Mesti korang pernah nampak dalam K-Drama kan?? Sebut lah K-Drama apapun mesti ada Japchae. Kalau korang tanya mana-mana peminat makanan Korea pun, Japchae ni memang antara favorite dish diorang 😍
 

Apa itu Japchae?

Japchae "잡채" ni merupakan hidangan mi kaca yang sangat digemari oleh rakyat Korea. Japchae ialah mi kaca yang digaul bersama sayur-sayuran dan juga daging. Japchae merupakan salah satu hidangan sampingan makanan Korea yang wajib ada di setiap rumah selain daripada Kimchi. Kesedapan Japchae ni kebiasaannya bergantung kepada sukatan lada hitam dan kicap yang digunakan untuk digaul bersama mi kaca, sayur dan daging.

Dari kekacang bijan hinggalah sedikit rangup sayuran dengan mi lembut, cendawan daging, rasa soya umami, dan kemanisan keseluruhan yang diadun dengan rasa segar sayuran, Japchae adalah hidangan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Hidangan ringkas ini sangat versatil menjadikan ianya mudah untuk diubah suai mengikut cita rasa korang. Selain itu, Japchae juga boleh dinikmati secara panas, pada suhu bilik dan juga secara sejuk. 
 

Kenapa Mi Japchae lutsinar?

Kalau korang perasan, mi kaca ni ketara lain nya dari mi biasa. Sementara mi biasa diperbuat daripada beras atau tepung, mi kaca ni diperbuat daripada ubi keledek, yang membuatkan ianya kenyal, nipis dan lutsinar.
 

Sejarah Japchae

Kalau korang nak tahu, Japchae ni pada awal nya dulu tiada mi kaca pun, hanya sayur-sayuran semata-mata. Dipercayai sekitar tahun awal 1900-an baru mi kaca ditambah menjadi bahan utama untuk membuat Japchae.
 

Cara Penyediaan Japchae

Pertama sekali, mi kaca hendaklah direbus dengan baik untuk menjadi kenyal. Kemudian, bahan-bahan lain termasuk daging dan sayur-sayuran harus dibumbui dan digoreng semuanya secara berasingan.
Kemudian, korang memasukkan bahan-bahan yang telah digoreng ke dalam mi kaca yang telah direbus dan gunakan kicap sebagai perasa. Korang gaul sampai kicap perasa yang korang letak tu dah rata ke seluruh mi kaca. Kenapa perlu guna kicap?? Sebab agak sukar untuk gunakan garam sebagai perasan dengan betul kerana setiap bahan mempunyai sifat yang berbeza.

 

Kenapa masak Japchae perlu dilakukan secara berasingan?

Persediaan untuk Japchae adalah seperti membuat Bibimbap. Ia biasanya memerlukan daging dan sayur-sayuran dan ia disediakan dan dimasak secara berasingan. Mungkin ada yang berpendapat bahawa proses memasak berasingan ini tidak diperlukan, tetapi dengan memasaknya secara berasingan, korang boleh tingkatkan rasa, tekstur dan warna Japchae korang dengan lebih baik.

 

Jenis-jenis Japchae

Kalau korang nak tahu, Japchae telah berevolusi menjadi 4 jenis Japchae yang berlainan isi kandungan nya:

1. Kongnamul Japchae (Taugeh)
2. Buchu Japchae (Daun bawang)
3. Beoseot Japchase (Cendawan)
4. Bulgogi Japchae (Daging

Haa menarik kan Japchae ni?? Dah lah hiasan nya cantik, cara nak masak pun agak mudah, rasa nya pulak ummphh memang sedap. Kalau korang nak try masak Japchase ni tapi bahan-bahan nak masak macam tak mencukupi, why not korang try guna Japchae Paste MariMogo ni. Siap je rebus mi kaca tu, tinggal tuang Japchae Paste dan kacau sehingga sebati.

In fact, kita tengah ada jualan khas untuk Japchae Paste, Bibimbap Paste dan juga Kimchi Jjigae Paste. Selalu korang beli RM13, kalini kita jual pada harga RM10 sahaja. Classic Kimchi pun kita potong harga dari RM12 kepada RM9.90 sahaja!!! Jadi korang tunggu apa lagi?? Cara penyediaan ada, potongan harga pun dah ada, tinggal nak beli je lagi hihi. Korang boleh ke website 👉🏻 MariMogo 👈🏻 untuk rebut jualan khas ni okay.

Back to blog