Jjajangmyeon vs Japchae MariMogo Halal Korean Food Halal Kimchi Halal Korean Street Food

Jjajangmyeon vs Japchae, Battle of Noodles

Sebut makanan Korea, siapa je tak kenal makanan Korea. Sebut Jjajangmyeon, orang tau itu makanan Korea. Sebut Japchae, orang tau itu makanan Korea. Dari nama saja orang Malaysia dah boleh tahu itu makanan Korea tanpa mengetahui apa itu Jjajangmyeon dan juga Japchae.

Jadi, apa kata kali ni kita bawa korang untuk mendalami dan mempelajari apa beza Jjajangmyeon dan juga Japchae ni. Bagi yang wanita, korang boleh guna ilmu ni untuk tingkatkan skill korang di dapur, manakala bagi lelaki, korang boleh guna ilmu ni untuk impress crush korang kan.

Jjajangmyeon

Jjajangmyeon ni merupakan hidangan mi yang berasal dari Tanah Besar Cina. Nama nya pada masa dahulu dikenali sebagai "zhajiangmian" yang bermaksud mi goreng bersos. Sejak tiba di Korea, zhajiangmian telah melalui pelbagai evolusi sehingga menjadi Jjajangmyeon yang kita kenal dan sayang pada hari ini. Jjajangmyeon ini boleh dikatakan makanan yang sangat terkenal di Korea, korang pergi je mana-mana kedai makanan Korea, mesti ada Jjajangmyeon dihidangkan, dan cara hidangannya mesti sama sahaja.

MariMogo Halal Jjajangmyeon Halal Korean Food Halal Korean Street Food

Jjajangmyeon

Sumber: marimogo.com

 

Mi Jjajangmyeon diperbuat berasaskan gandum dan tekstur nya agak tebal berbanding mi biasa. Tekstur mi yang tebal ni membuatkan ia kuat untuk menampung sos Jjajangmyeon yang dituang di atas nya. Sos Jjajangmyeon mungkin nampak kurang menarik, tetapi rasa nya, fuhhhh memang sedap habis. Kuah Jjajangmyeon gelap dan pekat. Ia terdiri daripada chunjang (sos manis Korea yang diperbuat daripada kacang soya), kicap dan sos tiram, dan kebiasaannya mengandungi kentang  yang telah dipotong dadu, daging cincang, bawang, dan kadangkala bawang putih, halia, dan daun bawang, dan disapukan pada pekat di seluruh mi. Setelah dituang sos Jjajangmyeon ni diatas mi, korang kena gaul sampai sos tersebut rata ke seluruh mi. Baru la Jjajangmyeon korang sedia untuk dimakan 😋.

 

Japchae

Japchae ni adalah satu hidangan mi Korea yang berwarna warni yang satu ketika dahulu pernah menjadi santapan diraja. Yang menarik nya, pada masa dahulu, Japchae hanyalah sayur tanpa mi. Pelik bukan?? Seperti  hidangan lain, Japchae tidak terkecuali dari melalui proses evolusi yang menyaksikan Japchae kini mempunyai mi kaca sebagai bahan utamanya. 

MariMogo Halal Japchae Halal Korean Food Halal Korean Street Food Halal Kimchi

Sumber: marimogo.com

 

Apa yang paling unik Japchae ni, mi nya bukan macam mi biasa. Mi Japchae ni lutsinar tau. Untuk yang tertanya-tanya kenapa mi Japchae lutsinar, mi Japchae atau mi kaca diperbuat daripada kanji ubi keledek. So, mi kaca ni lebih kenyal dari mi yang diperbuat dari gandum atau beras. Ciri terbaik mi kaca ni ialah mi kaca boleh menyerap rasa sos Japchae dengan baik sekali, so korang jangan risau Japchae korang tak cukup rasa. Mi kaca mempunyai sifat menyerap rasa sos yang sangat baik.

Berbanding dengan Jjajangmyeon, Japchae ni bukan lah hidangan yang dibanjiri sos. Hal ini demikian kerana sos Japchae telah diserap dengan baik oleh mi kaca. Bahan utama dalam membuat sos Japchae termasuklah kicap, gula dan sedikit minyak bijan, yang akan menaikkan rasa bijan Japchae. Pelbagai jenis sayur yang berwarna-warni yang telah dipotong seperti lobak merah, bawang, bayam dan cendawan dicampurkan bersama mi kaca dan sos Japchae lalu digaul sehingga sebati. 

Daging yang telah diperap boleh ditambah sebagai pelengkap selera. Japchae juga dihiasi dengan biji bijan dan jalur nipis cili, dan kadang-kadang juga telur dadar yang dipotong menjadi bentuk reben.

Secara konklusi nya, masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Daripada kita banding-banding kan mereka, apa kata kita hargai kedua-dua jenis mi ni. Kalau korang suka mi yang berkuah banjir, korang boleh cuba Jjajangmyeon, manakala kalau korang suka mi yang lebih liat dan elastik, korang boleh cuba Japchae. Yang pastinya, dua dua sedap 😋.

Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog