Apa itu Kimchi Jjigae Halal Korean Food MariMogo Halal Kimchi Halal Korean Street Food

Jom belajar apa itu Kimchi Jjigae

Korang pernah dengar apa itu Kimchi Jjigae? Stew Kimchi adalah salah satu rebusan yang paling digemari dalam masakan Korea 😋. Ia adalah hidangan yang hangat, enak dan pedas yang disukai oleh semua orang terutamanya mereka yang suka masakan yang pedas 🔥.

Sumber: marimogo.com

 

Tapi apa Kimchi Jjigae ni 🤔?? Kimchi Jjigae (김치찌개) atau Stew Kimchi pada awalnya ialah hidangan Korea yang direbus bersama Kimchi serta bahan lain, seperti "pork", makanan laut, daun bawang, bawang merah dan tofu lembut yang dipotong dadu. Ia adalah salah satu rebusan yang paling biasa dalam masakan Korea. Bagi yang muslim pula, mereka menggantikan "pork" tersebut dengan daging lembu ✌🏻.

Secara sejarahnya, Kimchi pada awalnya ialah jeruk sayuran yang tidak pedas seperti sekarang. Penemuan Gochugaru telah merevolusikan Kimchi menjadi pedas seperti sekarang. Oleh itu, Kimchi Jjigae dipercayai wujud sekitar tahun penemuan Gochugaru kerana sifatnya yang pedas.

Seperti yang kita sedia maklum, rasa Kimchi menjadi semakin kuat dan masam apabila semakin lama Kimchi tersebut. Hal ini menyebabkan Kimchi lama dan lebih 'masak' digunakan untuk membuat Kimchi Jjigae kerana rasanya yang lebih kuat serta mengandungi banyak Probiotik 👍🏻.

Macam mana cara penyediaannya?? Kimchi yang dihiris dimasukkan ke dalam periuk dengan daging pilihan dan bahan-bahan lain seperti tauhu, hirisan daun bawang dan bawang putih. Bahan-bahan ini direbus dengan air atau air rebusan ikan bilis (myeolchi). Rebusan tersebut diperisakan dengan pes kacang yang ditapai (doenjang) atau pes lada merah yang ditapai (gochujang).

Gochujang

Haa macam tu je dah siap dah Kimchi Jjigae korang. Nak lagi senang, Fara suggest korang try Kimchi Jjigae Paste MariMogo. Tak payah pening kepala, tinggal letak sayur dan bahan-bahan lain je. In fact, kita tengah ada jualan khas untuk Japchae Paste, Bibimbap Paste dan juga Kimchi Jjigae Paste. Selalu korang beli RM13, kalini kita jual pada harga RM10 sahaja. Classic Kimchi pun kita potong harga dari RM12 kepada RM9.90 sahaja!!! Jadi korang tunggu apa lagi?? Cara penyediaan ada, potongan harga pun dah ada, tinggal nak beli je lagi hihi. Korang boleh ke website 👉🏻 MariMogo 👈🏻 untuk rebut jualan khas ni okay. 

Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog