Bila sebut Kimbap, ramai confuse dengan Sushi. "Bukan sama je ke Kimbap dengan Sushi ni??" Ada juga yang beranggapan Kimbap ni ialah Sushi Korea.
Well, to be honest, hidangan nya memang nampak lebih kurang. Namun ada beberapa persamaan dan perbezaan antara Kimbap dengan Sushi ni. Sebelum itu, adalah lebih baik kita tau serba sedikit tentang Kimbap dan Sushi ni terlebih dahulu.
Kimbap
Kimbap ialah gulungan Sushi Korea yang popular dibuat dengan nasi yang dimasak dengan beberapa bahan lain. Kesemuanya apabila telah siap dimasak akan digulung menggunakan kepingan rumpai laut kering. Untuk membuat Kimbap ni, kebiasaannya orang Korea akan mencampurkan nasi bersama minyak bijan untuk memberikannya rasa manis tambahan. Selain itu, dalam membuat kimbap, bahan-bahan yang dimasak atau diawet seperti kimchi, keju, tuna dalam tin, atau bulgogi panggang digunakan sebagai inti Kimbap tersebut. Untuk nasi Kimbap pula, orang Korea lebih suka menggunakan beras perang atau beras hitam. Jadi, boleh dikatakan Kimbap ni adalah Sushi versi Korea lah.
Kimbab
Sumber: freepik.com
Sushi
Sushi secara umum nya adalah gulungan nasi Jepun yang biasanya disumbat dengan ikan mentah atau makanan laut. Tapi, ada juga yang menggunakan makanan laut yang telah dimasak sebagai inti Sushi. Kalau kita yang bukan orang Jepun ni, dengar je perkataan Sushi, perkataan pertama yang terlintas di kepala kita mesti ikan mentahkan??? Sebenarnya, bahan utama yang memberi nama Sushi ni ialah nasi. Perkataan "Sushi" itu sendiri merujuk kepada nasi bercuka dengan rasa masam. Sesetengah Sushi mungkin mempunyai inti di dalam sementara sesetengah Sushi mempunya inti nya di atas nasi. Apa yang pasti,semua Sushi mempunyai nasi.
Dalam membuat nasi Sushi, kebiasaannya, orang Jepun menggunakan beras putih berbiji sederhana yang dicampurkan dengan cuka, garam dan juga gula. Beras Japonica, khususnya, adalah antara jenis beras yang digunakan oleh orang Jepun dalam pembuatan Sushi. Beras Japonica ni lebih berkanji dan mempunyai paras amilopektin yang lebih tinggi berbanding dengan beras-beras lain. Pati tambahan ini membuatkan nasi yang dimasak mempunyai tekstur yang agak melekit. Bila melekit ni, lebih mudah lah untuk orang Jepun makan nasi Japonica ni dengan penyepit (chopstick) dan ia juga sesuai untuk membentuknya bersama-sama menjadi gulungan sushi. Bayangkan kalau beras itu tidak melekit, baru nak gulung dah berterabur nasi nya.
Sushi
Sumber: canva.com
Persamaan Kimbap dengan Sushi
Perbezaan Kimbap dengan Sushi
Haa, korang dah dapat bezakan antara Kimbap dengan Sushi ke belum?? Senang je nak bezakan Kimbap dengan Sushi ni. Senang kata, Kimbap ni ialah gulungan nasi Korea yang rasa nya sedikit manis berbanding Sushi Jepun. Hal ini demikian kerana Sushi diperisakan dengan cuka manakala Kimbap diperisakan dengan minyak bijan, memberi rasa manis kepada Kimbap itu.
Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.