Kimchi vs Sauerkraut Apa perbezaan dia MariMogo Halal Korean Food Halal Kimchi

Kimchi Vs Sauerkraut?? Apa perbezaan dia???

Korang pernah dengar apa itu Sauerkraut?? Ada yang kata Sauerkraut ni ialah Kimchi bagi orang Jerman. Tapi betul ke sama?? Sebelum kita tau apa yang membeza kan Kimchi dengan Sauerkraut ni, apa kata kita belajar dulu latar belakang Kimchi dan juga Sauerkraut ni??


Kimchi

Kimchi, seperti yang ramai sudah tahu adalah makanan sampingan tradisional orang Korea yang telah diturun temurun sejak ribuan tahu yang lalu. Namun begitu, cara penyediaan Kimchi telah melalui banyak evolusi dan perubahan sejak berbanding zaman dahulu. Tetapi, falsafah asal sebuah Kimchi itu tetap tidak berubah. Kimchi ni ialah kobis yang ditapaikan dengan bahan perasa organik yang lain seperti bawang, halia dan cili merah Korea (Gochugaru/ gochujang) yang menyumbang kepada rasa pedas Kimchi tersebut.

Gochugaru MariMogo

 

Kebiasaannya, kobis yang digunakan untuk membuat Kimchi ialah Napa Cabbage atau pun Kobis Cina. Ianya melalui proses penapaian selama beberapa hari pada suhu bilik. Ada juga yang mencampurkan lobak putih, timun dan saderi menjadikan ia campuran pelbagai sayur. Walaupun kebiasaannya bahan perasa yang digunakan adalah bawah putih, halia dan serbuk cili, ada juga yang menggunakan bahan seafood seperti pes ikan dan jeotgal.

Langkah pertama untuk membuat Kimchi adalah memotong kobis. Kalau korang nk potong halus ke, nak hirim ke nak potong besar besar ke, semua nya perlu dilakukan sebelum proses perapan dijalankan. Proses perapan dilakukan menggunakan garam. Kobis yang telah dipotong akan diletak di dalam garam. Ini membolehkan sayur-sayuran menghasilkan perisa semula jadi dan garam mengeluarkan kelembapan dalam semua bahan sebelum direndam. Hal ini juga penting kerana ia membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

Proses perapan kebiasaannya dilakukan selama 12 jam pada tahap kemasinan 5 ke 7%, atau selama 3-7 jam pada kemasinan 15%. Sebarang lebihan air akan ditarik keluar selepas direndam dan bahan perasa dimasukkan. Kemudian kimchi dibungkus ke dalam balang kedap udara dan dibiarkan untuk ditapai selama 1-5 hari. Balang hendaklah dibuka sekali sehari untuk membebaskan karbon dioksida. Kalau tak, boleh meletup tau bekas tu. So, korang kena hati-hati ye. Selepas 5 hari, boleh la pindah kan bekas tersebut ke dalam peti ais dan boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.

Halal Kimchi

Kimchi di dalam bekas kedap udara

 

Pada awal nya, Kimchi ni dimakan sebagai makanan sampingan. Namun sejak kebelakangan ini, telah ramai orang makan Kimchi begitu sahaja. Ada juga yang menjadikan Kimchi ni sebagai lauk utama untuk dimakan dengan nasi. Ada juga yang memasukkan Kimchi ke dalam sup, air rebusan, makanan gorengan dan juga pancake.

Kimchi Jjigae Halal

Sup Kimchi

 

Seperti yang kita lihat, terdapat pelbagai variasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan Kimchi dan pelbagai cara untuk memakan Kimchi. Setiap bahan yang berlainan akan menghasilkan rasa yang berlainan. Jadi kita perlu tau kegunaan setiap bahan itu sebelum kita membuat Kimchi.

Sauerkraut

Sauerkraut adalah sayur hidangan sampingan atau pun ulam yang diperbuat daripada kubis yang dicincang halus sebelum diperam. Walaupun Sauerkraut ni memang terkenal di Jerman kerana namanya, tetapi Sauerkraut ni berasal dari China sebenarnya.

Sauerkraut

Sauerkraut

Sumber: https://www.polonist.com

 

Walaupun Sauerkraut ni menggunakan kubis sama seperti Kimchi,  yang membezakan mereka adalah Sauerkraut menggunakan kubis yang telah dicincang halus. Selain itu, walaupun terrdapat pelbagai variasi untuk  membuat Sauerkraut, tapi versi tradisional tidak dibuat dengan bahan lain tau. Apa yang korang perlukan hanyalah kubis, garam dan sedikit masa. 

Macam mana nak buat Sauerkraut?? Sangat senang sebenarnya. Seperti Kimchi, langkah pertama adalah proses pemotongan. Tapi untuk Sauerkraut, terma yang betul adalah proses menghiris dan mencincang kubis. Kubis tersebut perlu dipotong dan dihiris sehalus yang mungkin. Ini lah yang membezakan Sauerkraut dengan Kimchi.

 Shredding cabbage sauerkraut

Sumber: https://www.tasteofhome.com

 

Kobis yang telah dicincang akan dibungkus dalam lapisan. Garam  akan ditaburkan di antara setiap satu, dan akan dibiarkan untuk ditapai dalam bekas yang kedap udara dan disterilkan dan dibiarkan dari 5 hari hingga beberapa bulan. Yang membezakan Kimchi dengan Sauerkraut ni juga ialah masa diambil untuk proses penapaian nya. Jika Kimchi mengambil masa dalam 5 hari macam tu, Sauerkraut perlukan masa lebih dari 5 hari, malah mengambil sehingga berbulan. 

Kenapa lama sangat?? Penerangan ini sedikit teknikal ye. Sauerkraut ni menapai dalam 3 fasa yang berbeza. Semasa fasa pertama, bakteria anaerobik mula menghasilkan asid. Apabila fasa kedua bermula, paras asid campuran telah menjadi terlalu tinggi untuk kebanyakan bakteria terus berkembang dan hanya tinggal beberapa bakteria baik. Dalam fasa ketiga dan terakhir penapaian, bakteria baik ini terus menapai baki gula yang tinggal dan akan terus menghasilkan lebih banyak asid. Disebabkan Sauerkraut ni terlalu berasid, ianya sangat tahan kepada bakteria tidak baik.

bad bacteria

Sumber: https://www.alamy.com

 

Macam mana nak makan Sauerkraut?? Seperti kimchi, Sauerkraut pada awalnya dimakan sebagai hidangan sampingan. Ianya sering dihidangkan bersama hidangan daging seperti daging panggang atau digunakan sebagai perasa untuk makanan seperti sandwic dan hot dog. Sauerkraut juga digunakan dalam sup, rebusan dan juga salad.

Secara kesimpulan, persamaan Sauerkraut dan Kimchi adalah kedua-duanya dibuat menggunakan kubis dan ditapai, walaupun dengan cara yang sedikit berbeza. Kedua-dua hidangan ini dijeruk menggunakan garam dan diperam menggunakan kaedah fermentasi lacto. Fermentasi lacto adalah proses dimana proses penapaian berlaku tanpa melibatkan haba. Kedua-dua Kimchi dan Sauerkraut ini juga adalah hidangan yang sangat berkhasiat dan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang sama. Kedua dua Kimchi dan Sauerkraut ni juga pada asalnya dihasilkan sebagai hidangan sampingan sahaja.

Dalam persamaan mereka, terdapat juga perbezaan yang mudah untuk kita nampak. Yang paling menonjol adalah asal usul mereka. Kimchi seperti yang kita sedia maklum adalah berasal dari Korea manakala Sauerkraut ni walaupun ramai yang menyangka ianya berasal dari Jerman, sebenarnya ianya berasal dari China. Untuk bahan asas pula, Sauerkraut hanya menggunakan kubis manakala Kimchi menggunakan kubis, bawang putih dan juga halia serta serbuk cili Korea (Gochugaru). Disebabkan itu, kita boleh simpul kan rasa masam dan pedas Kimchi datang hasil dari proses fermentasi bahan Kimchi yang pelbagai manakala rasa masam Sauerkraut pula adalah hasil dari proses fermentasi yang lama.

Selain itu, Kimchi menggunakan daun kubis keseluruhan atau dicincang kasar berbanding Sauerkraut, yang hanya menggunakan kubis yang dicincang halus. Satu lagi yang membezakan antara keduanya adalah kaedah pengeluaran mereka. Semasa proses pemerapan Kimchi, air garam disalirkan keluar dari Kimchi sebelum disimpan, manakala Sauerkraut menggunakan air garam sebagai sebahagian daripada proses penapaian. Masa penapaian antara keduanya juga sangat berbeza. Kimchi hanya perlu ditapai selama beberapa hari pada suhu bilik manakala Sauerkraut pula perlu ditapai selama beberapa minggu pada suhu yang sama.

Dalam membandingkan rasa pula, korang akan perasan yang Kimchi mempunyai rasa yang lebih masin serta kurang berasid daripada sauerkraut. Hal ini demikian kerana penjerukan Kimchi terutamanya terdiri daripada pengasinan kubis dan penapaian bakteria yang minimum manakala Sauerkraut mempunyai rasa yang lebih berasid dan lebih masam kerana tempoh penapaian nya yang lebih panjang. Kimchi juga secara umumnya lebih rangup daripada Sauerkraut kerana ia tidak berumur lama (tidak ditapai lama) malah boleh dimakan segar.

Walaupun secara asas nya bahan dan proses yang dilakukan sama, tetapi sedikit perubahan pada bahan dan tempoh penjerukan menjadikan keduanya hidangan yang berbeza. Kalau antara korang suka pedas boleh lah mencuba Kimchi kerana Kimchi ada rasa pedasnya manakala jika ada yang lebih suka masam, Sauerkraut ni lebih masam daripada Kimchi kerana tempoh penapaiannya yang lebih lama.

Haa korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi info-info yang BEST macam ni, korang just stay tuned okayy sebab kita ada banyak lagi info-info BEST macam ni yang kita nak share. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog