Menteri Melawati MariMogo?? Biar betul ni?? Siapakah Menteri berikut dan kenapa???

Menteri Melawati MariMogo?? Biar betul ni?? Siapakah Menteri berikut dan kenapa???

Kami nak share dengan korang yang kami sangat-sangat berbesar hati kerana MariMogo telah dikunjungi oleh seorang Menteri untuk melihat kawasan Production dan Operation MariMogo. Tapi, kenapa tiba-tiba nak datang MariMogo pula?

Sebenarnya pada 17 September baru-baru ni iaitu Sabtu lepas, Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama rakan strategiknya iaitu Kementerian Kewangan (MOF) telah menganjurkan program Jelajah Usahawan dan Koperasi KUSKOP 2022 di Kuala Selangor. Antara menteri yang turun padang untuk menjayakan program ini ialah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dan YB Tan Sri Noh Omar.

Memang nervous habis seluruh team MariMogo bila dapat berita yang orang-orang besar ni nak datang melawat MariMogo. Tapi, dalam banyak-banyak kedai di Kuala Selangor ni, kenapa MariMogo??? Hendak dipendekkan cerita, MariMogo telah menjadi antara syarikat atau usahawan tempatan yang telah terpilih untuk dilawati operasinya. Walaupun nervous, seluruh team MariMogo sangat excited untuk menguruskan event yang melibatkan orang VVIP seperti menteri kita ni.

Apa tentatif program?? Dalam pukul 1 lebih macam tu, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dan YB Tan Sri Noh Omar telah tiba di Terminal Bas Bandar Malawati. Mereka disambut oleh delegasi dari Tekun Nasional. Dari situ, YB Tan Sri Noh Omar bergerak ke MariMogo manakala YB Senator Tengku Zafrul pula bergerak untuk melawat usahawan yang lain.

Setibanya YB Tan Sri Noh Omar di MariMogo, beliau telah dibawa untuk melawat sekitar kawasan production dan juga operation MariMogo oleh Miss Fara dan beberapa staff yang lain. Antara yang ikut sama melawat kawasan production dan juga operation MariMogo termasuk lah beberapa orang wakil dari Tekun Nasional. Selepas itu, mereka disajikan jamuan makan tengahari nasi berlaukkan ayam masak kicap, ikan asam pedas serta udang masak merah. Sebagai pencuci mulut, MariMogo telah menghidangkan hidangan signature MariMogo iaitu Tteokbokkki dan juga Hotteok.

YB Tan Sri Noh Omar Melawat MariMogo 

YB Tan Sri Noh Omar bergambar kenangan bersama cenderahati dari MariMogo

 

Selepas sesi bergambar, delegasi YB Tan Sri Noh Omar dan Tekun Nasional telah bergerak untuk melawat usahawan yang lain pula. Boleh dikatakan majlis yang agak ringkas namun cukup memberi makna kepada Fara dan juga team MariMogo. Sebab apa?? Boleh dikatakan ini adalah kali pertama seorang Menteri datang melawat ke MariMogo ni. So, kami perlu memastikan segala nya berada dalam keadaan yang tiptop.

YB Tan Sri Noh Omar Melawat MariMogo

YB Tan Sri Noh Omar dibawa melawat sekitar kawasan Production dan Operation MariMogo

 

YB Tan Sri Noh Omar menjamu  selera di MariMogo

YB Tan Sri Noh Omar sedang menjamu selera

 

Team MariMogo sedang menyediakan Tteokbokki dan juga Hotteok

Team bertugas sedang menyediakan Tteokbokki dan juga Hotteok untuk dihidangkan kepada tetamu sebagai pencuci mulut

 

Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Kami berharap langkah kecil ini akan membuka lebih banyak lagi peluang kepada MariMogo untuk menjadi sebagai produk makanan Korea nombor satu di Malaysia!!!

So korang rasa macam mana? Menarik tak posting kali ni? Kalau korang nak tengok banyak lagi berita sensasi macam ni, korang just stay tuned okayy. Terima kasih kerana membaca dan jumpa korang di next posting.

Back to blog