Chamchijeon (Korean Tuna Pancake)

Chamchijeon (Korean Tuna Pancake)

RESEPI CHAMCHIJEON (KOREAN TUNA PANCAKE)

Jeon (전) bermaksud pankek dan chamchi (참치) pula bermaksud tuna. Chamchijeon (tuna pancake) ini antara banchan (side dish) yang sering dihidangkan di meja makan. Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Saiz hidangan: 3 Orang
Masa: 20 minit

Bahan-bahan:
• 1 tin tuna flakes in water
• 2 sudu besar tepung gandum
• 2 biji telur
• 2 tangkai cili merah
• ¼ batang lobak merah (potong dadu)
• Sedikit daun bawang (bahagian atas)
• Minyak masak

Cara-cara:
1. Tapiskan air dalam tuna dan perah sehingga tiada air yang keluar. Kemudian, masukkan tuna ke dalam mangkuk.
2. Setelah itu, tuangkan daun bawang, lobak merah, cili merah, tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk berisi tuna. Kacau sebati.
3. Sediakan frying pan. Tuangkan sedikit minyak masak. Apabila minyak panas, boleh tuang adunan Chamchijeon mengikut saiz yang anda suka. Tekan sedikit supaya ia berbentuk seperti pancake.
4. Terbalikkan supaya kedua-dua belah pancake masak.
5. Apabila masak, boleh lah dihidangkan di dalam pinggan.
6. Sesuai dimakan bersama sos cili dan juga mayonaise.

Selamat mencuba!

Back to blog