dakjuk bubur ayam korea

Dakjuk (Korean Chicken Porridge)

RESEPI DAKJUK (BUBUR AYAM KOREA)

Dakjuk (닭죽) ialah Bubur Ayam Korea yang sering dihidangkan sewaktu sarapan pagi atau sebagai hidangan ringan di Korea. Rasa tekstur buburnya yang pekat, ditambah pula dengan rasa sup ayam membuatkan hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai 'comfort food' terutamanya sewaktu musim sejuk.


Bahan-bahan:
• 1 cawan calrose rice
• 3 cawan Samgyetang (boleh ganti dengan air)
• 2 cawan air
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• 2 biji cendawan shiitake
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• ½ kiub ayam

Bahan topping:
• Lada hitam
• Garam
• Minyak bijan

Cara-cara:
1. Basuh calrose rice dan rendam beras selama 30 minit
2. Potong dadu lobak merah dan cendawan shiitake. Kemudian, hiris kasar halia.
3. Setelah itu, masukkan beras ke dalam pressure cooker, tambahkan baki samgyetang, lobak merah, cendawan shiitake, bawang putih, halia, air dan kiub ayam ke dalam pressure cooker. Tutup dan masak selama 30 minit.
4. Setelah 30 minit, buka pressure cooker dan kacau sedikit. Hidangkan di dalam pinggan.
5. Taburkan sedikit garam dan lada hitam. Tuang minyak bijan sesuai selera.
6. Dakjook anda sedia untuk dihidang!

🚨Jika tiada samgyetang (sup ayam ginseng korea), boleh ganti dengan sup ayam biasa atau air sahaja. Perlu diingatkan bahawa samgyetang ni tiada rasa masin. Jadi, tambah garam sesuai selera ye.

Jika anda masak dalam periuk biasa, air yang perlu dimasukkan ke dalam bubur adalah sebanyak 10 cawan air.

Selamat mencuba!

Back to blog