resepi-hobakjuk-bubur-labu-korea-halal

Hobakjuk (Korean Pumpkin Porridge)

RESEPI HOBAKJUK (BUBUR LABU)

Hobakjuk (호박죽) bermaksud bubur labu. Bubur labu ini dianggap sebagai healing food di Korea. Selain daripada Miyeok Guk (Korean Seaweed Soup), Hobakjuk ini juga merupakan hidangan kegemaran para ibu di Korea kerana setelah anak mereka melahirkan anak. Kebaikan hidangan ini adalah ia membantu para ibu yang mengandung untuk mengurangkan sembap.

Bahan-bahan:
• 1.5kg labu
• 6 tbsp gula
• 2 cawan air

Bahan tepung:
• ½ cawan tepung ubi
• 3 sudu air

Cara-cara:
1. Buang biji labu, kupas dan belah labu kepada bahagian yang kecil
2. Cuci bersih labu. Kemudian, masukkan labu ke dalam periuk dan rebus labu sehingga labu masak.
3. Setelah labu masak, toskannya dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan dua cawan air dan enam sudu besar gula. Kisar sehingga halus.
4. Campurkan tepung ubi dan air ke dalam mangkuk. Kacau sebati untuk menghasilkan air bancuhan tepung. Ketepikan.
5. Kemudian, tuang labu yang sudah dikisar ke dalam periuk. Tuangkan juga air bancuhan tepung untuk memekatkan bubur.
6. Pastikan anda sentiasa mengacau bubur. Apabila bubur sudah pekat, matikan api dan boleh dihidangkan.
7. Hobakjuk anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog