resepi-janchi-guksu

Janchi Guksu (Banquet Noodles)

RESEPI JANCHI GUKSU (BANQUET NOODLES)

Bahan-bahan:
• 100g wheat noodles
• 2 biji telur
• ¼ batang lobak merah

Bahan sup Janchi Guksu:
• 1 keping dasima (dried kelp)
• 10 ekor ikan tamban
• 500ml air
• ½ tbsp kicap cair
• Sedikit garam

Bahan sos Janchi Guksu:
• 2 tbsp kicap cair
• 1 tsp bawang putih
• ½ tbsp gochugaru
• Sedikit daun bawang
• Lada hitam

Cara-cara:
1. Hiriskan lobak merah. Kemudian, tumiskannya.
2. Gorengkan telur di atas frying pan. Apabila telur masak, gulungkan dan hiris halus.
3. Campurkan kicap cair, bawang putih, gochugaru, daun bawang dan lada hitam di dalam mangkuk untuk membuat sos janchi guksu. Kacau sebati dan ketepikan.
4. Kemudian, untuk membuah kuah janchi guksu, tuangkan air, tambahkan ikan tamban dan dasima. Rebus selama 10 minit.
5. Setelah 10 minit, matikan api dan keluarkan ikan tamban dan juga dasima. Tambahkan kicap cair dan garam. Kacau sebati, ketepikan.
6. Kemudian, rebuskan mi selama 5 minit. Apabila masak, angkat dan toskan.
7. Letakkan mi, telur dan lobak merah di dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan tambahkan sos tadi.
8. Janchi Guksu anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog