Korean Chili Oil

Korean Chili Oil

RESEPI KOREAN CHILI OIL 🌶

Bahan-bahan:
• ½ cawan gochugaru (Korean chili flakes)
• 1 cawan minyak masak
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 batang daun bawang (bahagian bawah)

Cara-cara:
1. Hiris bawang putih, halia dan daun bawang. Ketepikan.
2. Kemudian, sediakan mangkuk dan tuang gochugaru ke dalamnya.
3. Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih, halia dan daun bawang hingga sedikit garing.
4. Apabila sudah garing, matikan api dan angkat kuali.
5. Tuangkan minyak panas itu ke dalam mangkuk berisi gochugaru. Jangan lupa untuk menggunakan penapis kerana hanya minyak sahaja yang akan digunakan.
6. Kacau sedikit dan Korean chili oil anda sudah siap!

🚨Tips: Simpan di dalam bekas kaca dan guna sudu bersih setiap kali anda mengambil chili oil. Boleh simpan pada suhu bilik dan tahan sehingga 2 bulan.

Back to blog