resepi-miyeokguk-halal-seaweed-soup

Miyeokguk (Seaweed Soup)

RESEPI MIYEOKGUK (SEAWEED SOUP)

Bahan-bahan:
• 15g Dried Wakame (Dried Seaweed)
• 2 ulas bawang putih (cincang)
• 2 cawan air
• 1 kiub ayam
• 1 tbsp kicap caip
• 1 bekas tauhu lembut
• Minyak bijan

Cara-cara:
1. Rendamkan dried wakame selama 10 minit. Selepas 10 minit, bilas wakame yang telah kembang dan perah airnya.
2. Sediakan periuk, tuangkan minyak bijan dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan wakame dan tumis sebentar.
3. Setelah itu, masukkan air, kiub ayam dan kicap cair. Kacau sebati dan biar ia mendidih seketika.
4. Kemudian, tambahkan tauhu lembut. Kacau dan masak lagi untuk 2 minit.
5. Matikan api dan miyeokguk anda sedia untuk dihidang.

p/s: kalau nak guna daging, boleh tumis daging dahulu sebelum bawang putih dan wakame.

Selamat mencuba~

Back to blog