Heukmi Bap (Korean Purple Rice)

Heukmi Bap (Korean Purple Rice)

RESEPI HEUKMI BAP (NASI PURPLE KOREA)

Selalu nampak nasi purple ni dekat drama korea. Makan dengan kimchi jjigae, sundubu jjigae, dakbokkeumtang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, ramai yang belum tahu yang nak buat nasi purple ni guna tiga bahan je. Aini dulu pun ingat yang nasi ni ada beras special dia. Rupanya, bahan tu boleh dapatkan dekat pasaraya berdekatan dengan korang and dekat kedai runcit pun ada.

Bahan-bahan
• 1 cawan calrose rice
• 1/2 sudu besar beras pulut hitam
• 2 cawan air

Cara-cara:
1. Basuh beras terlebih dahulu.
2. Setelah itu, tambahkan air dan masak seperti biasa.
3. Apabila nasi sudah masak, boleh lah dihidangkan.

p/s: 1 cawan calrose rice bersamaan 2 cawan air.

Selamat mencuba!

Back to blog