resepi-chicken-tangsuyuk-halal

Chicken Tangsuyuk

RESEPI CHICKEN TANGSUYUK

Bila cakap pasal jjajangmyeon, mesti teringat dekat tangsuyuk. Jjajangmyeon dengan tangsuyuk (탕수육) ni dah macam adik beradik. Tak boleh dipisahkan.

Harini, Aini nak sharekan tangsuyuk versi halal which is resepi chicken tangsuyuk.

Bahan-bahan:
• 300g dada ayam (potong memanjang)
• Minyak masak

Bahan bater:
• 1 cawan tepung jagung
• 1 cawan air
• 1 biji telur
• 1 tbsp minyak masak

Bahan sos tangsuyuk:
• 1/2 biji bawang holland
• 1/3 batang lobak merah
• 5 keping cendawan hitam kering (direndam)
• 1 cawan air
• 1 tbsp kicap cair
• 1 tbsp cuka
• 1 tbsp gula
• Air bancuhan tepung jagung
• Garam

Cara-cara:
1. Campurkan 1 cawan tepung jagung bersama air. Kacau sebati dan diamkan campuran tepung jagung itu selama 1 jam.
2. Potong dada ayam secara memanjang. Kemudian, potong lobak merah, bawang holland dan cendawan hitam kepada bahagian yang kecil atau potong kepada saiz yang mudah untuk dimakan.
3. Untuk membuat sos tangsuyuk, tuangkan air dan kicap cair ke dalam periuk. Tambahkan sayur dan kacau sebati. Setelah itu, tambahkan cuka, gula, garam dan air bancuhan tepung jagung. Apabila sudah pekat, matikan api dan sos tangsuyuk anda sudah siap.
4. Campuran tepung jagung yang telah didiamkan selama 1 jam itu akan menyebabkan air dan tepung jagung itu akan terasing. Buang air yang berlebihan kerana hanya kanji itu sahaja yang akan digunakan.
5. Tambahkan telur dan minyak masak ke dalam kanji. Kacau sebati dan terhasillah bater untuk menggoreng ayam.
6. Setelah itu, tuangkan ayam ke dalam bater dan biarkan semuanya tersalut rata.
7. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan minyak.
8. Hidangkan ayam di dalam pinggan dan kuah tangsuyuk di dalam mangkuk.
9. Chicken Tangsuyuk and sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Back to blog