resepi-gyeran-ppang

Gyeran Ppang (Roti Telur)

RESEPI GYERAN PPANG AIR FRYER

Gyeran-Ppang (계란빵) merupakan salah satu makanan street food yang popular di Korea. Gyeran-Ppang bermaksud roti telur. Rasanya yang manis, tekstur yang lembut membuatkan makanan ini enak untuk dimakan panas-panas. Makanan ini dijual oleh kebanyakan penjaja di Korea dan membuatkan hidangan ini mudah untuk didapati di sana.

Saiz hidangan: 5 orang

Bahan-bahan tepung:
• 1½ cawan tepung pancake
• 1 biji telur
• ¾ cawan susu

Bahan lain:
• 5 cawan kertas
• Margerin yang sudah dicairkan.

Bahan topping:
• 5 biji telur
• Sosej (optional)
• Black pepper (optional)
• Cheese (optional)

Cara-cara:
1. Campurkan susu, 1 biji telur dan tepung pancake ke dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Jika ada sedikit ketulan tepung, boleh masukkan adunan ke dalam blender untuk jadikan adunan halus.
3. Sapukan margerin yang sudah dicairkan di dalam cawan kertas untuk mengelakkan Gyeran Ppang melekat. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam cawan kertas. Tuang separuh cawan.
4. Pecah pecah ke dalam adunan. 1 biji telur untuk 1 cawan adunan.
5. Tambahkan topping yang anda suka lalu masukkan ke dalam air fryer. Bakar selama 25 minit pada suhu 165°
6. Setelah itu, keluarkan dari air fryer.
7. Gyeran Ppang and sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog