resepi-gyeranjjim-korean-steamed-egg

Gyeran Jjim (Korean Steamed Eggs)

RESEPI GYERAN JJIM (STEAMED EGGS)

Gyeranjjim (계란찜) ialah Telur Kukus Korea. Gyeran bermaksud telur, dan jjim bermaksud kukus. Gyeranjjim sesuai dihidangkan pada bila-bila masa tidak kira sewaktu makan pagi, makan tengahhari mahupun makan malam. Gyeranjjim juga merupakan salah satu hidangan yang sangat senang dan cepat untuk dimasak kerana menggunakan hanya beberapa bahan sahaja.

Bahan-bahan:
• 4 biji telur
• 6 tbsp air
• Minyak bijan
• Lada hitam
• Garam

Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, tambahkan lada hitam dan garam sesuai selera. Kacau sebati.
2. Tambahkan enam sudu besar air dan kacau sekali lagi. Ketepikan.
3. Setelah itu, tuangkan minyak bijan di dalam ddukbaegi (ceramic pot) dan sapu rata minyak bijan.
4. Kemudian, tuangkan telur tadi. Kacau sentiasa bagi mengelakkan telur hangus. Masak dalam api yang kecil.
5. Apabila telur hampir masak, tutup ddukbaegi dan masak lagi untuk 2 minit.
6. Setelah dua minit, matikan api dan buka penutup ddukbaegi.
7. Gyeran Jjim anda sedia untuk dihidang

p/s: kalau tiada ddukbaegi dirumah, boleh guna pengukus biasa. Tuangkan telur ke dalam mangkuk dan kukus selama 10 minit.

Selamat mencuba!

Back to blog