resepi-japchae-halal

Japchae

RESEPI JAPCHAE

Japchae 잡채” ialah mi gelas yang digaul bersama sayur-sayuran dan daging. Japchae merupakan salah satu hidangan sampingan makanan Korea yang wajib ada di setiap rumah selain Kimchi. Kesedapan Japchae kebiasaannya bergantung kepada sukatan lada hitam dan kicap yang digunakan untuk digaul bersama mi, sayur dan daging.

Bahan-bahan:
• 2 pek kecil Japchae paste
• 2 biji telur
• 1/4 batang lobak merah
• 5 ketul cendawan hitam
• 3 ketul cendawan butang
• 200g Korean vermicelli noodles
• Sedikit minyak
• Bijan

Bahan perapan daging:
• 50g daging
• 1 tbsp kicap cair
• 1 tsp gula perang

Cara-cara:
1. Perap daging terlebih dahulu. Campurkan daging, gula perang dan kicap cair. Perap selama 30 minit.
2. Kemudian, hiris cendawan butang, lobak merah dan cendawan hitam. Ketepikan.
3. Pecahkan telur, kacau sebati dan gorengkan di frying pan. Setelah masak, angkat, gulungkan telur dan hiris halus telur.
4. Masak cendawan butang dan cendawan hitam tanpa minyak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
5. Setelah itu, masak lobak merah tanpa minyak dan angkat setelah lobak merah masak. Ketepikan.
6. Daging yang diperap tadi, dimasak di atas frying pan sehingga daging masak. Angkat dan ketepikan.
7. Rebus Korean vermicelli noodles selama 15 minit. Angkat dan toskan air. Setelah itu, masukkan Korean vermicelli noodles itu ke dalam kuali dan tuangkan 2 pek kecil Japchae paste. Kacau sehingga semua pes salut pada vermicelli noodles.
8. Tuangkan cendawan hitam, cendawan butang dan lobak merah yang sudah di masak ke dalam kuali. Tambah sekali telur yang dihiris dan daging yang sudah di masak. Gaul semuanya sehingga sebati.
9. Setelah sebati, angkat dan hidangkan ke dalam pinggan.
10. Taburkan bijan dan Japchae anda sedia untuk dihidang.

Selamat mecuba~

Back to blog