resepi-jjajangmyeon-jajang-jjangmyeon-halal

Jjajangmyeon

RESEPI JJAJANGMYEON

Bahan-bahan:

• 1 pek Jjajangmyeon Paste
• 400g daging cincang
• ½ biji bawang holland
• ⅓ batang lobak merah
• 200ml air
• Minyak masak
• ½ pek mi asli
• 1 pek Danmuji
• 1 tbsp tepung jagung (utk air bancuhan tepung jagung)

Cara-cara:
1. Potong dadu lobak merah dan bawang holland. Ketepikan.
2. Panaskan kuali, tuangkan minyak dan tumiskan daging cincang. Masak sehingga daging masak.
3. Setelah itu, tuangkan bawang holland dan lobak merah. Masak sehingga bawang holland dan lobak merah lembut.
4. Kemudian, tuangkan 1 pek jjajangmyeon paste dan 200ml air. Kacau sebati.
5. Apabila semua sudah sebati, tuangkan air bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuah jjajangmyeon menjadi pekat. Kemudian, matikan api.
6. Rebuskan mi asli selama 10 minit. Toskan mi asli setelah 10 minit dimasak.
7. Letakkan mi asli di atas pinggan, tuangkan kuah jjajangmyeon dan tambah danmuji serta telur mata di atas jjajangmyeon.
8. Jjajangmyeon anda sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Back to blog