resepi-kimchi-bibim-guksu-halal

Kimchi Bibim Guksu (Spicy Noodles with Kimchi)

KIMCHI BIBIM GUKSU (SPICY NOODLES WITH KIMCHI)

Bibim Guksu (김치비빔국수) ialah 'mixed noodles' dalam bahasa Korea. Rasanya yang pedas dan suhu mi yang sejuk membuatkan hidangan ini sangat sesuai untuk dimakan sewaktu musim panas.

Berdasarkan resepi asal, Bibim Guksu tidak menggunakan Kimchi sebagai salah satu ramuan dalam hidangan ini. Akan tetapi, untuk resepi kali ini, Aini menggunakan Kimchi sebagai salah satu ramuan utama untuk meningkatkan lagi rasa masam dan pedas hidangan ini.


Bahan-bahan:
• 1 Pek Stir Fried Kimchi
• 1 ikat mi gandum (wheat noodles)
• 1 tbsp kicap cair
• 1 tbsp minyak bijan
• 1 tbsp cuka
• 1 tbsp gochujang
• 1 tbsp madu
• lada hitam

Bahan hiasan:
• 1 biji telur
• Bijan

Cara-cara:
1. Potong stir fried kimchi kepada bahagian yang kecil. Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk.
2. Tambahkan kicap cair, minyak bijan, cuka, gochujang, madu dan lada hitam ke dalam mangkuk yang berisi kimchi. Kacau sebati dan ketepikan.
3. Panaskan air dan rebus mi selama 8 minit. Angkat dan toskan air. (Anda juga boleh cuci mi dengan air sejuk yang berisi ais)
4. Tuangkan mi ke dalam mangkuk yang berisi kimchi tadi. Gaul semuanya sehingga sebati
5. Setelah sebati, letakkan mi di dalam pinggan, tambahkan telur dan juga bijan.
6. Kimchi Bibim Guksu anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog