Eomuk Tang (Korean Fish Cake Soup)

Eomuk Tang (Korean Fish Cake Soup)

RESEPI EOMUK TANG (KOREAN FISH CAKE SOUP)

Bahan-bahan:
• 1 Pek KMF Eomuk (fish cake)
• 1 Kiub ayam
• 1 liter air
• 1/2 sudu besar bawang putih cincang (2 ulas bawang putih)
• Lada hitam
• Daun bawang

Cara-cara:
1. Lipat dan cucuk fish cake dengan lidi pencucuk mengikut kesesuaian. Ketepikan
2. Kemudian, didihkan air, tambah kiub ayam dan bawang putih.
3. Apabila air mendidih, masukkan fish cake. Jangan masukkan fish cake terlalu awal. Ini untuk mengelakkan fish cake terlalu kembang.
4. Masak fish cake selama 5 minit.
5. Kemudian taburkan lada hitam dan daun bawang.
6. Eomuk Tang anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog