resepi-gilgeori-toast-korean-street-toast

Gilgeori Toast (Korean Street Toast)

RESEPI GILGEORI TOAST (KOREAN STREET TOAST)

Bahan-bahan:
• 6 keping roti
• 5 biji telur
• ½ biji kobis
• 1 batang lobak merah
• Mentega
• Sos tomato
• Garam
• Gula

Cara-cara:
1. Hiris halus kobis dan lobak merah. Jika ada penyagat, boleh digunakan.
2. Setelah itu, masukkan sayuran tadi ke dalam mangkuk. Tambahkan sedikit garam dan telur ke dalamnya. Kacau sebati.
3. Kemudian, oleskan mentega ke atas roti dan bakar roti sehingga sedikit garing. Ketepikan.
4. Letakkan mentega ke atas frying pan, tuangkan adunan sayuran secara sedikit demi sedikit dan biarkannya sehingga sedikit masak. Api sederhana.
5. Lipatkan adunan yang telah masak. Tambahkan lagi adunan mentah di sebelahnya. Biarkan ia masak dan lipat sekali lagi.
6. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.
7. Letakkan roti bakar di atas pinggan, tambahkan adunan sayuran dan telur yang telah masak di atasnya. Kemudian, tuangkan sos tomato dan sapu rata.
8. Setelah itu, taburkan 1 sudu besar gula di atasnya dan letak satu lagi roti bakar.
9. Gilgeori Toast anda sedia untuk dinikmati!

p/s: Lagi banyak sos tomato dan gula, lagi sedap.

Selamat mencuba!

Back to blog