Mayak Gimbap (Mini Kimbap)

Mayak Gimbap (Mini Kimbap)

RESEPI MAYAK GIMBAP (Mini Kimbap)

Mayak Gimbap (마약김밥) merupakan hidangan popular di Korea Selatan kerana saiznya yang kecil yang sesuai untuk dimakan oleh pelbagai peringkat umur. Mayak Gimbap bermaksud nasi yang digulung bersama rumpai laut bersaiz mini. Hidangan ini sering digandingkan bersama kicap soya dan wasabi sebagai sos pencicah.

Bahan-bahan:
• 1 cawan calrose rice
• 2 cawan air
• 3 helai roasted seaweed
• 1 pek Dazzling Danmuji
• ¼ lobak merah
• 1 ikat bayam
• Minyak bijan
• Garam
• Bijan

Cara-cara:
1. Masak nasi seperti biasa. 1 cawan beras calrose bersamaan 2 cawan air.
2. Sementara menunggu nasi masak, potong lobak merah dan danmuji secara memanjang. Sediakan juga bayam.
3. Kemudian, celurkan bayam dan rebus lobak merah. Perasakan bayam dengan garam sesuai selera
4. Setelah nasi masak, perasakan dengan garam dan minyak bijan. Kacau sebati.
5. Potongkan roasted seaweed kepada 4 bahagian.
6. Setelah semua bahan siap disediakan, bolehlah mula membuat gimbap anda.
7. Letakkan nasi di atas roasted seaweed. Pastikan anda meletakkan nasi itu di atas permukaan roasted seaweed yang kasar. Susun lobak merah, bayam dan danmuji di atas nasi tersebut.
8. Setelah itu, gulungkan gimbap anda.
9. Letakkan gimbap di atas pinggan. Sapukan minyak bijan dan taburkan bijan di atasnya.
10. Gimbap anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog