Mayak Gyeran (Korean Marinated Eggs)

Mayak Gyeran (Korean Marinated Eggs)

RESEPI MAYAK GYERAN (KOREAN MARINATED EGGS)

Mayak Gyeran (마약계란) ialah telur rebus yang diperap bersama kicap soya yang sering dijadikan sebagai hidangan sampingan yang berasal dari Korea Selatan. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Mayak Gyeran.

 

Bahan-bahan:

• 4 biji telur
• Air

Bahan perapan:
• 2 tbsp gula perang
• 80ml kicap cair
• 100ml air masak
• ½ biji bawang holland (cincang)
• 1 batang daun bawang (cincang)
• 2 biji cili hijau (cincang)

Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan telur dan rebus selama 6 minit sahaja.
2. Setelah 6 minit, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Tujuannya adalah untuk memberhentikan proses memasak dan memudahkan anda untuk mengupas telur
3. Sementara menunggu telur sejuk, campurkan ke semua bahan perapan di dalam satu mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
4. Kupas telur secara berhati-hati. Kemudian, masukkan ke dalam bekas yang bertutup.
5. Setelah itu, tuangkan bahan perapan yang sudah dicampur ke dalam bekas yang berisi telur. Pastikan bahan perapan yang dituang itu melebihi telur.
6. Tutup bekas itu dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam hingga ke satu malam
7. Keluarkan dari peti sejuk dan Mayak Gyeran anda sedia untuk dihidang!

p/s: tidak perlu panaskan Mayak Gyeran itu. Sedap dimakan bersama nasi putih yang panas.

Selamat mencuba!

Back to blog