resepi-nasi-goreng-kimchi

Kimchi Tuna Bokkeumbap

RESEPI TUNA KIMCHI BOKKEUMBAP (NASI GORENG TUNA KIMCHI)

Kimchi Bokkeumbap (김치볶음밥) bermaksud nasi goreng Kimchi dalam bahasa Korea. Kimchi Bokkeumbap merupakan hidangan yang paling mudah dan cepat dimasak kerana hanya menggunakan lebihan nasi dan juga kimchi.

Untuk versi kali kimchi bokkeumbap kali ini, Aini menggunakan Tuna sebagai protein di dalam hidangan ini. Bahan-bahan yang Aini gunakan adalah seperti berikut,

Saiz Hidangan: 2 orang

Bahan-bahan:
• 1 pek Emergency Ramadhan Kimchi Bokkeumbap Kit (mengandungi Nasi Korea Segera, Kimchi, Bijan)
• 1 tin tuna in water
• Minyak bijan

Cara-cara:
1. Tuangkan minyak bijan dan tumis sebentar kimchi. Setelah itu, masukkan tuna dan kacau sebati
2. Apabila kimchi kelihatan agak kering, masukkan dua pek nasi segera yang ada dalam Emergency Ramadhan Kit itu. Gaul semuanya sehingga sebati.
3. Setelah sebati, taburkan bijan dan Nasi Goreng Tuna Kimchi anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog