resepi-kimchi-timun-halal

Oi Muchim

RESEPI OI MUCHIM

Oi Muchim (오이무침) bermaksud "spicy Korean Cucumber Salad" atau kimchi timun. Oi yang bermaksud timun, muchim bermaksud gaul atau diperasakan, membuatkan hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Kebanyakan orang Korea mempunya versi oi muchim mereka yang tersendiri. Jadi tidak hairanlah mengapa oi muchim mempunyai pelbagai jenis resepi. Berikut ialah resepi oi muchim yang Aini dapati mudah untuk dibuat.

Bahan-bahan:
• 2 batang timun jepun
• 2 tsp garam
• 2 tbsp gochugaru
• 2 tbsp daun bawang
• 1 tsp bawang putih cincang
• 1 tsp gula
• 2 tsp minyak bijan
• 2 tsp bijan

Cara-cara:
1. Hiris bulat timun jepun. Kemudian, taburkan garam dan biarkannya selama 15 minit.
2. Setelah 15 minit, toskan lebihan air dari timun. Elakkan untuk memerah timun.
3. Kemudian, tambahkan gochugaru, daun bawang, bawang putih cincang, gula, minyak bijan dan bijan. Kacau sebati.
4. Hidangkan di dalam pinggan dan Oi Muchim anda sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba!

Back to blog