Rose Rabokki

Rose Rabokki

RESEPI ROSE RABOKKI

Tiap kali lepas terawih, perut mesti terasa lapar, kan? Terasa mcm nak makan pasta, tapi malas pulak nak keluar. Kebetulan pulak ada spicy rabokki dekat dapur, apa lagi jom lah kita buat rose rabokki.

Sesuai untuk yang nak cepat, student kolej atau yang ada multicooker dekat rumah. Nak makan sambil tengok kdrama pun, best jugak kan?

Bahan-bahan:
• 1 pek Spicy Rabokki
• 200ml fresh milk
• 1 keping cheese
• 1 batang sosej

Cara-cara:
1. Tuangkan susu ke dalam multicooker pot. Kemudian masukkan sosej.
2. Apabila agak mendidih, masukkan rice cake dan mi segera. Kacau sebati.
3. Kemudian, masukkan pes rabokki dan ramen seasoning ke dalam multicooker pot. Kacau dan biarkan ia masak seketika.
4. Setelah itu, matikan multicooker pot dan tambahkan cheese sebagai topping.
5. Rose rabokki anda sedia untuk dinikmati!

p/s: make sure selalu kacau pot yang berisi susu untuk mengelakkan hangus di bawah pot.

Selamat mencuba!

Back to blog