Sundubu Jjigae

Sundubu Jjigae

RESEPI SUNDUBU JJIGAE (KOREAN SOFT TOFU STEW)

Bahan-bahan:
• 1 pek tauhu lembut
• 1/2 biji bawang holland
• 1 batang daun bawang
• 1 biji cili merah
• 1/2 tbsp bawang putih cincang
• 1 tbsp gochugaru
• 1 tbsp minyak masak
• 1 tbsp minyak bijan
• 1 cawan air
• Lada hitam
• Garam

Cara-cara:
1. Potong dadu bawang holland. Hiriskan daun bawang dan juga cili merah.
2. Tuangkan minyak masak dan minyak bijan di dalam periuk dan tumiskan daun bawang. Apabila naik bau, masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga bawang layu.
3. Setelah itu, tambahkan gochugaru dan tumis sehingga semua bahan sebati.
4. Tambahkan 1 cawan air dan biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tambahkan 1 pek tauhu lembut. Didihkan lagi untuk 5 minit.
6. Taburkan cili merah dan sedikit daun bawang. Tambah garam dan lada hitam sesuai selera.
7. Sundubu Jjigae anda sedia untuk dihidang!

p/s: tiada masalah jika anda hendak tambah telur dalam sundubu jjigae. Tambahkan telur sebelum anda tabur cili merah.

Selamat mencuba! 

Back to blog