samgyetang korean chicken ginseng

Samgyetang (Korean Ginseng Chicken Soup)

RESEPI SAMGYETANG (SUP AYAM GINSENG)

Samgyetang (삼계탕) atau dikenali sebagai sup ayam ginseng merupakan salah satu makanan yang sering dimakan sebagai makanan stamina sewaktu musim panas di Korea. Aroma sup yang diperbuat daripada herba tradisional, ginseng dan ayam yang dimasak sehingga lembut membuatkan ia salah satu makanan tradisional Korea yang sering dihidangkan di restoran mewah di Korea.

Kini anda boleh merasai kehangatan sup ayam ginseng Korea di rumah tanpa perlu ke Korea. Berikut adalah resepi yang digunakan untuk memasak Samgyetang.


Bahan-bahan:
• 1 ekor ayam (saiz sederhana)
• 6 sudu besar calrose rice
• 6 ulas bawang putih
• 2 batang kecil ginseng
• 5 biji jujube (kurma merah)
• 2 liter air
• Lada hitam
• Garam
• Daun bawang

Bahan sos pencicah:
• Minyak bijan
• Garam

Cara-cara:
1. Cuci ayam sehingga bersih.
2. Masukkan 2 biji jujube, 2 ulas bawang putih dan 4 sudu beras ke dalam ayam. Ikat kaki ayam dengan tali ataupun dengan menggunakan teknik seperti di dalam video.
3. Setelah selesai, masukkan ayam ke dalam pressure cooker yang berisi air. Tambahkan lebihan jujube, bawang putih, beras dan ginseng. Kemudian tutup pressure cooker.
4. Masak selama 45 minit di dalam pressure cooker.
5. Sementara tunggu ayam masak, anda boleh buat sos pencicah. Campurkan minyak bijan dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan ke tepikan.
6. Setelah 45 minit, buka pressure cooker dan hidangkan ayam ke dalam mangkuk. Taburkan garam dan juga lada hitam sesuai selera.
7. Samgyetang anda sedia untuk dihidang!

🚨 Jika anda masak di periuk biasa, masak selama 15 minit dalam api besar dengan periuk yang bertutup. Setelah itu, turunkan ke api sederhana dan masak lagi selama 25 minit. Matikan api dan biarkan ayam rehat di dalam periuk selama 10 minit.

Back to blog