Sprite Cold Brew Tea

Sprite Cold Brew Tea

RESEPI SPRITE COLD BREW TEA

Bahan-bahan:

• 1.5 liter Sprite (botol besar)
• 2 uncang teh
• Ais secukupnya

Cara-cara:
1. Tuangkan 2 uncang teh ke dalam botol dan goncang botol perlahan.
2. Kemudian, simpan botol di dalam peti sejuk selama 1 jam. Simpan botol dalam keadaan penutup botol berada di bawah (tonggengkan)
3. Setelah 1 jam, keluarkan dari peti sejuk. Tapiskan teh dan juga air sprite.
4. Setelah ditapis, tuangkan ke dalam cawan ataupun jug berisi ais.
5. Sprite tea anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog