Tteokkochi (Rice Cake Skewers)

Tteokkochi (Rice Cake Skewers)

RESEPI TTEOKKOCHI (RICE CAKE SKEWER)

Tteokkochi (떡꼬치) ialah kek beras yang dicucuk seperti sate dan digoreng serta disaluti dengan sos pedas gochujang. Makanan ini merupakan salah satu makanan street food yang terkenal di Korea Selatan.

Bahan-bahan:
• 1 pek kecil rice cake
• Minyak untuk menggoreng
• Lidi pencucuk
• Bijan
• Air

Bahan sos tteokkochi:
• 1 tbsp gula
• 1 tbsp madu
• 2 tbsp sos cili
• ½ tbsp gochujang
• ½ tbsp kicap cair

Cara-cara:
1. Tuangkan rice cake, tambahkan air lalu masukkan ke dalam microwave selama 3 minit pada 700watt
2. Sementara menunggu rice cake lembut, buat sos tteokkochi. Campurkan gula, madu, sos cili, gochujang dan kicap cair di dalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
3. Setelah rice cake lembut, toskan air dan ambil rice cake. Cucukkan rice cake pada lidi pencucuk satu persatu. Ketepikan.
4. Tuangkan minyak dan letakkan rice cake sementara minyak masih sejuk. Masak dalam api yang kecil untuk mengelakkan rice cake meletup.
5. Apabila rice cake sedikit garing, angkat dan ketepikan.
6. Sapukan sos tteokkochi yang dibuat tadi di rice cake tersebut. Taburkan bijan.
7. Tteokkochi anda sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Back to blog