Annyeong! Untuk Makluman, Semua Proses Penghantaran Pesanan Hanya Akan Bermula Pada 1 Jun 2020. Terima Kasih

   SILA BACA DAN SCROLL SAMPAI BAWAH.                                            WhatsApp Image 2020-04-17 at 10.58.49.jpeg

3 Jenis kelewatan yang normal :

  1. Parcel stuck di poslaju hub. (poslaju hub ni adalah gudang besar yang menempatkan semua parcel, normal untuk lewat)
  2. Parcel sudah out of poslaju hub tapi tiada update. (ini bermaksud parcel sudah sampai di poslaju tempat cik cuma poslaju kekurangan tenaga kerja untuk proses parcel cik)
  3. Parcel untraceable. (wajib follow step yang diberi poslaju sama ada call 1300300300 atau send email, poslaju akan bantu percepatkan proses)

Jika parcel Cik belum sampai sehingga sekarang, sila ikut langkah di bawah:

  1. Check tracking no. di link ini : https://track.pos.com.my/postal-services/quick-access/?track-trace untuk pastikan di mana parcel tersebut.
  2. Sila buat aduan di www.pos.com.my dan klik askpos . (rujuk gambar dibawah)
  3. Poslaju akan ambil masa 2 hari waktu berkerja untuk prosess kan parcel selepas aduan dibuat. 

ASKPOS >> TRACK & TRACE >> Key In Tracking No. >> Continue E-Feedback >> Isi Semua Detail Yang Dikehendaki.

DETAIL SELLER :-
MARIMOGO HQ
NO.8 JALAN MERANTI 1/1,
TAMAN MALAWATI JAYA,
45000 KUALA SELANGOR.
0166905670
marimogo.sales4@gmail.com

5.PNG


Maaf kami tidak akan refund untuk kes berikut: 

  • Parcel return kepada kami tanpa sebarang notis. (Ini adalah kecuaian pihak pelanggan yang tidak cek tracking no.) 
  • Dan yang tidak maklumkan kepada ira, dalam tempoh 8 hari (dari tarikh parcel dipos)

Bagaimana nak kenal pasti keadaan produk yang diterima  telah rosak :

1. DAZZLING DANMUJI

  • Danmuji yang rosak akan betukar warna hitam/ berkulat hitam di permukaannya.
  • [Jangan Panik ] Jika Danmuji dalam keadaan warna yang sedikit pucat. Ini adalah disebabkan suhu yang panas sewaktu pengeposan  dan disebabkan air jeruk termendap. Danmuji juga mempunyai gas tetapi tak sekuat Kimchi.
  • Apa yang perlu dibuat jika keadaan di atas berlaku? Goncang botol supaya air Danmuji kena pada semua permukaan. Masukkan Danmuji ke dalam peti ais. Ianya akan kembali segar dan rangup selepas 4-6 jam disejukkan. Rasa Danmuji semakin lama semakin sedap .

2. RICE CAKE

  • Rice cake yang rosak akan jadi berlendir dan bertompok kulat seperti kulat yang ada di roti.
  • [Jangan Panik ] Jika rice cake diterima bertompok sedikit kemerahan ini adalah kerana sifat rice cake itu sendiri. Jangan risau ianya masih elok.
  • Jika terlampau lama di suhu bilik (sewaktu pos) , rice cake akan ada bau masam seperti tapai dan berkepam disebabkan suhu panas lembap di Malaysia..Jangan risau ianya masih elok. Hanya rendamkan 3 minit dalam air panas dan buang air tersebut sebelum masak untuk menghilangkan bau yang tidak sedap.

3. GOCHUJANG

  • Gochujang tidak akan rosak di suhu bilik jika masih belum buka kerana ianya di awet dengan proses semulajadi dan boleh bertahan untuk bertahun-tahun di dalam suhu sejuk (seperti Kimchi) .
  • Gochujang yg diterima dalam keadaan yg kembung adalah kerana cuaca panas (sewaktu pengeposan). Kadang - kadang ianya boleh menyebabkan burst dan gochujangnya terkeluar apabila botolnya dihimpit atas pengendalian yang salah. 
  • Apa yang perlu dibuat jika keadaan di atas berlaku?Basuh/ bersihkan botol dan masukkan dalam peti ais (chiller) selama 4-6 jam supaya gas tersebut reda. Gas akan reda disuhu sejuk.

4. TOPOKKIE PASTE dan JJAJANG PASTE

  • Tidak akan rosak (selagi belum di buka) kerana kami menggunakan teknologi pengetinan yang boleh memberi ketahan kepada makanan selama 2 tahun.
  •  Kami memberi jaminan yang bahawa setiap tin telah melalui 2 kali proses Quality Check sebelum di pos. Jika pihak Cik terima tin yang sedikit kemek, ianya baru berlaku kerana kecuaian ketika proses pengeposan. Kami sarankan untuk gunakan segera (dalam tempoh 14 hari) sebelum bahagian kemek tersebut berkarat. 
  • Production date dan expired date item ada di bawah tin.
Jika perlukan bantuan lanjut, boleh hubungi Customer Service kami di link ini  http://wasap.my/60166905670/ask.ira
Waktu operasi ( 9 pagi - 9 malam).

Untuk kebaikan kedua belah pihak, mohon kerjasama untuk habiskan baca semua info di atas sebelum membuat aduan. 

Cara penyimpanan produk :

ProdukCara PenyimpananTarikh Luput
Topokkie ExpressSebelum Buka : Simpan pada suhu bilik
Selepas Buka : Simpan di dalam chiller. Tahan 6 bulan selepas dibuka
2 tahun pada susu bilik
Tarikh luput ada pada label produk
Jjajang Instant Paste
Rice CakeSentiasa simpan di dalam chiller
Gochujang
Mi Tarik/Broad Noodle/ Udon/RamenSimpan pada suhu bilik
KimchiSentiasa simpan di dalam chiller6 bulan dari tarikh terima produk
Danmuji
Gochugaru
MiyeokSimpan pada suhu bilik.
Simpan didalam bekas yang bertutup.
Dasima
Ssal
Kimbap Kim