Annyeong! Untuk Makluman, Semua Proses Penghantaran Pesanan Hanya Akan Bermula Pada 1 Jun 2020. Terima Kasih

Resepi K-Food - Kimchi Jjigae



Menu: Kimchi Jiggae 

Sedia Bahan: 5 minit

Siap dihidang: 15 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 5 orang


BAHAN-BAHAN

  • ½ cawan Kimchi
  • ½ air kimchi 
  • 2 cawan air rebusan kelp
  • Isi ayam
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 biji Bawang Holland
  • Daun bawang
  • 1tbs Gochujang
  • 1tsp Gochugaru
  • 1tbs Minyak bijan
  • 1tsp gula perang
  • Taufu Lembut

WhatsApp Image 2020-04-03 at 15.05.47.jpeg


CARA MASAK

  1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang putih serta bawang Holland. sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.
  2. Masukkan kimchi yang telah dipotong kecil, kemudian masukkan gochujang dan gochugaru.
  3. Masukkan air rebusan kelp dan air kimchi. Perasakan dengan garam dan gula perang secukupnya.
  4. Akhir sekali, masukkan taufu lembut dan biarkan mendidih dengan api sederhana 3-5 minit.
  5. Hiaskan dengan daun bawang dan sedikit minyak bijan. Siap dihidang!


Selamat mencuba :)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq


Join Telegram channel sekarang!.png