Annyeong! Untuk Makluman, Semua Proses Penghantaran Pesanan Hanya Akan Bermula Pada 1 Jun 2020. Terima Kasih

Resepi K-Food - Kimchi Ramyeon Seafood



Menu: Kimchi Ramyeon Seafood

Sedia Bahan: 10 minit

Siap dihidang: 5 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 1 orang


BAHAN-BAHAN

  • 1 Pek Mi segera
  • 3 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 1/3 kimchi
  • 1/4 cawan air kimchi
  • 1tsp gochugaru
  • ½ bawang Holland
  • 2tsp minyak bijan
  • Daun bawang


CARA MASAK

  1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang Holland serta daun bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan kimchi, udang dan sotong. Tumis sehingga sedikit masak dan tambahkan air kimchi dan sedikit air.
  3. Masukkan mi segera dan gochugaru. Biarkan mendidih sehingga mi masak. Siap dihidang!


Selamat mencuba :)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Join Telegram channel sekarang!.png