Semua penghantaran pesanan akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan syarikat kurier kami sedang sibuk. Segala kesulitan amat dikesali.

Resepi K-Food - Odeng/Eomuk/Fish Cake




Menu: Odeng / Fish Cake / Eomuk

Kategori: Korean Streetfood

Masa penyediaan: 1 jam

Tahap: Sederhana

Hidangan: 5 orang


BAHAN UTAMA

  • 200g isi ikan Tenggiri (kami guna ikan Kembung/isi ikan optional)
  • 120g sotong
  • 120g udang


BAHAN-BAHAN

  • 2 ulas bawang putih
  • 24g bawang holland
  • 1Tsp garam
  • 1Tsp gula
  • 1/4 sudu lada putih
  • 70g tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1Tbs minyak
  • 1 biji putih telur


CARA MASAK

  1. Kisar semua bahan-bahan sehingga sebati.
  2. Bentukkan Eomuk/fish cake mengikut citarasa anda.
  3. Panaskan minyak sederhana dan gorengkan fish cake.
  4. Untuk simpanan sejuk beku, gorengkan selama 1 minit.


MODAL: RM15

  • Ikan Kembung  (RM7.80)
  • Sotong (RM3.80)
  • Udang (RM3.36)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Join Telegram Channel MariMogo Sekarang.png