Annyeong! Untuk Makluman, Semua Proses Penghantaran Pesanan Hanya Akan Bermula Pada 1 Jun 2020. Terima Kasih

Resepi K-Food - Tteokbokki Rice Cooker



Menu: Rabokki

Sedia Bahan: 5 minit

Siap dihidang: 10 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 7 orang


BAHAN-BAHAN

  • ½ biji bawang Holland
  • Daun bawang
  • 3 batang fish cake
  • 1 pek rice cake
  • 1 tin pes topokkie
  • 2 cawan air
  • 1 pek mi segera


CARA MASAK

  1. ‘On’ kan periuk rice cooker. Masukkan bawang Holland, fish cake, rice cake yang telah dibasuh. *Tambahan sayur adalah optional mengikut selera anda.
  2. Masukkan pes topokkie dan air. Tekan ‘cooking’ dan biarkan selama 5 minit sehingga mendidih. Kemudian tambahkan pek mi segera dan biarkan mendidih sehingga mi masak.
  3. Hiaskan dengan daun bawang. Siap dihidang!


Selamat mencuba :)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Join Telegram channel sekarang!.png